Ini ialah sequel kedua susulan dr entri pertama aku bertajuk “Forex Scam- Lubang Duit @ Lubang Taik?”. Sequel ini mungkin akan berlarutan dengan agak panjang jadi aku minta semua untuk bersabar menantikan sambungan. Tapi aku YAKIN kamu PERLU membaca kisah benar yang akan aku sampaikan untuk pengajaran, tak kira kamu berlatar belakangkan forex ataupun tidak
Merujuk kepada tajuk. Aku akan cuba membuat deskripsi tentang gerombolan manusia ini secara terperinci- di entri ini ataupun di entri akan datang. Apa yang kamu perlu tahu, gerombolan manusia ini adalah mereka yang bertopengkan senyuman palsu berwajah syaitan, untuk menjerat seberapa ramai mangsa terutamanya di kalangan bangsa Melayu, dan mengikis kekayaan kaum Melayu hingga jatuh terduduk. Ini SERIUS. Jadi sila baca sampai habis agar tiada antara kamu atau kenalan terdekat kamu menjadi mangsa mereka.
Kisah ini berlaku kira- kira setahun yang lepas. Aku baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah IPT tempatan, dan hidup menyewa dengan duit simpanan di KL, aku sangat terdesak untuk mencari kerja. Suatu hari aku terlihat satu iklan di The Star yang kelihatan seperti ini.
dan, seperti yang kamu semua nampak, job deskripsi di iklan ini sangat menarik bukan?Fresh graduate are encourage to apply, with or without experience, able to start immediately, near to public transport and bla bla bla… dan yang paling best, gaji yang dioffer sehingga RM3,000, untuk seseorang yang tiada pengalaman. Wow… what a blast. BUT wait, don’t believe that just yet: it’s all a bullshit! Stinky bullshit! Namun, semestinya pada waktu itu aku tidak nampak. Jadi aku pun hubungi nombor yang tertera… Ring ring~~~ (Biar aku namakan pihak sana sebagai devil and aku sebagai angel. LOL).
Devil: Devil here. Are you calling regarding the vacancy?
Angel: (wow what a quick response. Lol). Yes. Is it still available?
Devil: Yes it is. Who’s on the line please?
Angel: This is angel.
Devil: Hi angle. Would you like to come for the interview, tomorrow, at 10am?
Angel: May I know where is it situated?
Devil: It’s nearby LRT at bla bla bla….
Angel: I think I have no objection to come.
Devil: Ok, angel. Thanks for calling. See you tomorrow. Bye.
Simple kan? Takda tanya pun, “tell me about yourself.” Sila ambil perhatian (terutamanya fresh grad), itu adalah BASIC apabila interview melalui telefon dibuat. Tapi aku tak tahu masa tu lantas aku terpedaya. Naifnya aku dulu (menangis dalam hati). Tiba masa dan hari yang dijanjikan, aku pun datang ke office tersebut. Tak ingat sangat alamat secara tepat, tp yang pastinya terletak di tingkat 18, Plaza Sentral, KL. Betul- betul berhadapan dengan KL Sentral. Pertama kali menjejakkan kaki, aku terpegun. Cantik juga office ni. Konsep interior yang minimalis. Classy. Terus melonjakkan persepsi aku bahawa syarikat ini bukan calang- calang syarikat. Aku yakin ramai yang berfikir seperti itu pada 1st impression. Di bawah ialah interior syarikat ini (di tempat interview). Gambar di bahagian front desk tiada. Namun bila dilihat secara berhadapan lebih cantik berbanding di dalam gambar. Office ini tidak fotogenik ya.

Dipendekkan cerita, aku pun dapat kerja tersebut. Bersama 3 lagi fresh grad macam aku. Pada hari pertama, mereka mengadakan ice breaking (bersama 3 musketeers iaitu Eliz, Eliza, dan Fira). Layan baeekk punya. Borak macam kawan lama 10 tahun xjumpa. Kakakaka. Memang boleh terpedaya beb. After sesi ice breaking, 3 badut ni pun citer la. Sebenarnya company ni buat forex. Aku masa tu dengan naifnya tergembira dengan tidak sengaja sambil menjerit hooray di dalam hati. Kenapa? Sebab aku da lama sangat nak blaja forex. Lama sangat! Jadi aku rasa ini macam mimpi jadi kenyataan. Hari pertama berlalu dengan gembira dan kami (aku serta budak- budak baru) diajar tentang basic forex dan profile syarikat.
Esoknya, aku datang office dengan muka berseri- seri mengalahkan Camelia yang mengambil Inner Shine. Kami diajar pula tentang investment. Badut- badut ini memberi deskripsi tentang pelaburan international dan local. Mereka mengatakan, local investment (stocks, mutual funds, asb n bla3) ialah pelaburan yang ketinggalan zaman, ianya adalah pelaburan untuk orang kampong. Tak main la local maa… Kita mau international baru gempak. Dan walla~~~ forex diperkenalkan sebagai “pelaburan antarabangsa yang terbaik di masa kini”. Risiko kerugian tidak lebih dari 20% (bhaii sapa ajar kau? Dalam forex hanya 5% yang untung!). Tapi pastilah waktu tu semua tak tahu bukan? Badut- badut ini cuba meracuni kami (ahh memang da kena racun pun time tu. Wa salute beb!) dengan mengatakan forex adalah pelaburan terbaik dan sila keluarkan semua pelaburan anda dari mana- mana local investment untuk dilaburkan ke dalam forex- SEMUA ya. Mungkin disebabkan aku memberi perhatian yang lebih, maka pada petang itu aku dipanggil untuk stay back lambat sket oleh salah satu badut ni iaitu Eliz (manager) untuk berdiskusi tentang sesuatu. Diskusi apa ya? Jeng jeng jeng…. Bersambung...
Merujuk kepada tajuk. Aku akan cuba membuat deskripsi tentang gerombolan manusia ini secara terperinci- di entri ini ataupun di entri akan datang. Apa yang kamu perlu tahu, gerombolan manusia ini adalah mereka yang bertopengkan senyuman palsu berwajah syaitan, untuk menjerat seberapa ramai mangsa terutamanya di kalangan bangsa Melayu, dan mengikis kekayaan kaum Melayu hingga jatuh terduduk. Ini SERIUS. Jadi sila baca sampai habis agar tiada antara kamu atau kenalan terdekat kamu menjadi mangsa mereka.
Kisah ini berlaku kira- kira setahun yang lepas. Aku baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah IPT tempatan, dan hidup menyewa dengan duit simpanan di KL, aku sangat terdesak untuk mencari kerja. Suatu hari aku terlihat satu iklan di The Star yang kelihatan seperti ini.
dan, seperti yang kamu semua nampak, job deskripsi di iklan ini sangat menarik bukan?Fresh graduate are encourage to apply, with or without experience, able to start immediately, near to public transport and bla bla bla… dan yang paling best, gaji yang dioffer sehingga RM3,000, untuk seseorang yang tiada pengalaman. Wow… what a blast. BUT wait, don’t believe that just yet: it’s all a bullshit! Stinky bullshit! Namun, semestinya pada waktu itu aku tidak nampak. Jadi aku pun hubungi nombor yang tertera… Ring ring~~~ (Biar aku namakan pihak sana sebagai devil and aku sebagai angel. LOL).Devil: Devil here. Are you calling regarding the vacancy?
Angel: (wow what a quick response. Lol). Yes. Is it still available?
Devil: Yes it is. Who’s on the line please?
Angel: This is angel.
Devil: Hi angle. Would you like to come for the interview, tomorrow, at 10am?
Angel: May I know where is it situated?
Devil: It’s nearby LRT at bla bla bla….
Angel: I think I have no objection to come.
Devil: Ok, angel. Thanks for calling. See you tomorrow. Bye.
Simple kan? Takda tanya pun, “tell me about yourself.” Sila ambil perhatian (terutamanya fresh grad), itu adalah BASIC apabila interview melalui telefon dibuat. Tapi aku tak tahu masa tu lantas aku terpedaya. Naifnya aku dulu (menangis dalam hati). Tiba masa dan hari yang dijanjikan, aku pun datang ke office tersebut. Tak ingat sangat alamat secara tepat, tp yang pastinya terletak di tingkat 18, Plaza Sentral, KL. Betul- betul berhadapan dengan KL Sentral. Pertama kali menjejakkan kaki, aku terpegun. Cantik juga office ni. Konsep interior yang minimalis. Classy. Terus melonjakkan persepsi aku bahawa syarikat ini bukan calang- calang syarikat. Aku yakin ramai yang berfikir seperti itu pada 1st impression. Di bawah ialah interior syarikat ini (di tempat interview). Gambar di bahagian front desk tiada. Namun bila dilihat secara berhadapan lebih cantik berbanding di dalam gambar. Office ini tidak fotogenik ya.

Dipendekkan cerita, aku pun dapat kerja tersebut. Bersama 3 lagi fresh grad macam aku. Pada hari pertama, mereka mengadakan ice breaking (bersama 3 musketeers iaitu Eliz, Eliza, dan Fira). Layan baeekk punya. Borak macam kawan lama 10 tahun xjumpa. Kakakaka. Memang boleh terpedaya beb. After sesi ice breaking, 3 badut ni pun citer la. Sebenarnya company ni buat forex. Aku masa tu dengan naifnya tergembira dengan tidak sengaja sambil menjerit hooray di dalam hati. Kenapa? Sebab aku da lama sangat nak blaja forex. Lama sangat! Jadi aku rasa ini macam mimpi jadi kenyataan. Hari pertama berlalu dengan gembira dan kami (aku serta budak- budak baru) diajar tentang basic forex dan profile syarikat.
Esoknya, aku datang office dengan muka berseri- seri mengalahkan Camelia yang mengambil Inner Shine. Kami diajar pula tentang investment. Badut- badut ini memberi deskripsi tentang pelaburan international dan local. Mereka mengatakan, local investment (stocks, mutual funds, asb n bla3) ialah pelaburan yang ketinggalan zaman, ianya adalah pelaburan untuk orang kampong. Tak main la local maa… Kita mau international baru gempak. Dan walla~~~ forex diperkenalkan sebagai “pelaburan antarabangsa yang terbaik di masa kini”. Risiko kerugian tidak lebih dari 20% (bhaii sapa ajar kau? Dalam forex hanya 5% yang untung!). Tapi pastilah waktu tu semua tak tahu bukan? Badut- badut ini cuba meracuni kami (ahh memang da kena racun pun time tu. Wa salute beb!) dengan mengatakan forex adalah pelaburan terbaik dan sila keluarkan semua pelaburan anda dari mana- mana local investment untuk dilaburkan ke dalam forex- SEMUA ya. Mungkin disebabkan aku memberi perhatian yang lebih, maka pada petang itu aku dipanggil untuk stay back lambat sket oleh salah satu badut ni iaitu Eliz (manager) untuk berdiskusi tentang sesuatu. Diskusi apa ya? Jeng jeng jeng…. Bersambung...
p/s: Maaf aku xboleh letak semua dalam satu entry kerana aku mahu ceritakan dengan detail tentang pengalaman aku di sini. Jadi aku terpaksa memecah- mecahkan entri untuk kemudahan pembacaan semua.


