Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Easy to use theme’s admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Featured posts

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Hello And Happy Reading

Thousands Words Won’t Hurt

forex trading
Ok. Untuk memenuhi kewajipan aku sebagai blogger yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia blog, haruslah aku membuat tugasan pertama aku sebagai penglipur lara di alam maya ini. Aku mula kan dengan artikel di bawah.

Sila baca dengan kusyuk dan rajin tanpa kelipkan mata.


Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:
  • Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
  • Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
  • Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.
Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia
(http://www.bnm.gov.my).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010


Dah habis baca?


'Angguk'.


Bagus. Tahu kenapa aku tepek artikel kat atas?


'Geleng'.


Begini. Artikel kat atas akan banyak berhubung kait dengan dengan entri- entri aku selepas ni- entri di mana aku akan menceritakan tentang sesuatu yang telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri aku- tetapi- aku yakin- dalam pendedahan yang berikutnya, ramai akan belajar sesuatu yang sangat beharga. Dan itu lah harapan aku terhadap apa yang aku bakal ceritakan. Faham.

'Angguk'.

Ok . Aku pergi dahulu. Nanti aku kembali.

3 Responses so far.

  1. S2U says:
    This comment has been removed by the author.
  2. Anonymous says:

    cite la smp abes..excited nk dengar ni..TT leh jd director. kekekeke

  3. hearty says:

    insya Allah. banyak yang perlu diolah dan refresh kembali sebab benda ni dah lama berlaku. nak memudahkan pemahaman perlu karang dengan baik. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...